Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall
1-300-88-5666

TIPS : SENARAI KELENGKAPAN YANG BERGUNA DI BAWA PERGI UNTUK IBADAH HAJI & UMRAH

Assalamualaikum W.B.T. & Selamat Pagi Sahabat Fitrah Al Hajj.

Sekali lagi, kami ‘share’ untuk anda mengenai tips dan senarai Barang-Barang Yang Berguna untuk dibawa pergi Haji/Umrah – seperti diperturunkan oleh seorang hajjah.

 Beg Plastik
Bawa beg plastik – Giant/Jaya Jusco/Metro dll untuk merendam kain tak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.

 Serbuk Pencuci
Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah ‘hard water/treated water’ (air laut yang telah diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih.

 Hangers – bulat & kecil
Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Penyangkut Baju
Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik air (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Penyangkut Berpelekat
Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding.(Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Jubah
Carilah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, dengan poket yang agak dalam dan berzip (conceal zip).Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj). Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang. Ada dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt – terdapaat di Fitrah Al Hajj) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf belakang.

 Stokin
Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Ubat Batuk
Bawa Stepsils, Fisherman’s Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sore throat) Vicks,minyak cap kapak.,dll dari Msia. Di Mekah/Madinah harga mahal semasa musim haji. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (dry cough dan batuk berkahak) dari doktor di Msia. Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal.

 Botol Spray
Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air langsung dalam bilik air. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj). Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam khemah melegakan rasa bahang panas.

 Cermin Muka Kecil
Bawa di dalam beg TH cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Mug dengan penutup / Bekas Air Travel – inflatable bottle
Air masak dan bahan utk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakan air tertumpah di dalam lift. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang lain. (Boleh didapati di Fitrah Al Hajj)

 Moisturiser/lip balm
Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!) (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Heel Balm
Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Sunglasses
Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.

 Bantal Kecil (Cushion)
Ini untuk di gunakan apabila di Mina dan Arafah. Pihak TH/ejen hanya sediakan tilam. Air Pillow (SR8/=) boleh dibeli di Mekah. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Snek
Sebelum berangkat dari rumah, bawa sedikit makan seperti biskut atau snek untuk alas perut apabila sampai di airport Jeddah, mungkin kena tunggu lama bas untuk ke Mekah/Madinah. Pihak muasassah ada juga menyediakan makanan (nasi/lauk,air,buah) di airport Jeddah.

 Lauk sampingan
Bawa juga serunding daging, sambal ikan,sambal jambi, acar, ikan kering (seeloknya ikan kering kurau yang telah di potong kecil-kecil dan digoreng), telor masin yang telah di rebus. Sebelum berangkat, bungkus lauk-lauk ini lebih kurang 3-4 sudu besar ke dalam plastik. Ini untuk menyenangkan apabila hendak turun makan di dewan makan, ambil plastik lauk yang kita rasa perlu sahaja bawa turun. Jangan lupa beri pada suami sekiranya jemaah lelaki dan wanita makan berasingan.BAWA KE MINA/ARAFAH juga lauk ini, untuk mempelbagaikan lagi lauk yang disediakan oleh pihak muassasah.

 Tuala Kecil
Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke Mina/Arafah ialah yang TH beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Buku Sembahyang Sunat
Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh – sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir. (Quran memang sedia ada dalam masjid) dan bagi jemaah wanita semak kembali untuk sembahyang jenazah dan juga sembahyang Jumaat kerana semasa musim haji kita akan berada di Madinah sekiranya disana 7-8 hari, dan hendak dapatkan 40 waktu di Masjid Nabawi. (Dapatkan buku-buku panduan Haji/Umrah dari Hj. Johari Alias kerana ianya pratikal, boleh digantung dileher dan mudah untuk digunakan untuk tawaf dan saie) – Boleh didapati di Fitrah Al Hajj

 Kasut (tanda nama – initials)
Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar – utk elakan dipijak selipar dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna hitam. Untuk lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)

 Selipar Jepun (tanda nama – initials)
Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi ke bilik air. – Boleh didapati di Fitrah Al Hajj

 Bilik Air Mina/Arafah
Bilik air terhad di Mina/Arafah, kena banyak bersabar semasa beratur untuk ke bilik air. Setiap kali hendak mandi, saya akan masukkan pakaian bersih ke dalam beg plastik, dan gantikan dengan pakaian kotor apabila selesai mandi. Mandi pun harus ala kadar kerana ramai lagi jemaah yang sedang beratur di luar.Paling kesian sekiranya salah seorang dari mereka hendak buang air kecil/air besar. Jadi perasaan timbangrasa mestilah ada.

 Selipar ke masjid
Beli yang murah sahaja dari Fitrah Al Hajj. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama – initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang TH dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan.

 Payung Lipat
Elok di sediakan. Kalau ada rezeki anda di Mekah/Madinah mungkin dapat merasa kena hujan.

 Disposable Panties – Lelaki/Wanita
Beli banyak sedikit. 1 packet ada 6 helai. Bila ke Mina/Arafah elok bawa supaya tak perlu membasuh atau membawa pulang ke Mekah seluar dalam kotor. Sebelum membuang, bilas dahulu dan balut dengan plastik.

 Panty Liner/Facial Cotton
Untuk dipakai sekiranya batuk terkencing. Sekiranya memakai facial cotton, lipat dua dan selitkan di faraj. Sekiranya batuk, seluar tak kotor.

 Uncang untuk melontar
Buat dua uncang (satu utk suami) untuk menyimpan batu melontar. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Surah Yassin
Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf .

 Sejadah
MULA-MULA SAMPAI DI MEKAH BELI SEJADAH. Ini kerana pada musim haji di masjidil haram tidak membentangkan carpet. Amat berguna sekiranya terpaksa sembahyang di luar masjid. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Sejadah kecil
Guna semasa pergi ziarah dan singgah sembahyang di Masjid Quba’, Masjid Qiblatan dan juga di Jatranah, kerana carpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala kecil. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Cadar katil bujang
Dibuat selimut semasa di Arafah/Mina dan boleh digunakan di hotel untuk alas tilam (sekiranya tidak mahu memakai yg hotel sediakan)

 Batik Lepas
Bawa sehelai untuk ‘apa-apa’ kecemasan…

 Buku Nota/Kalender
Bawa dairi kecil ataupun beli buku nota kecil dan tampalkan kalender di muka dalam. Semasa di Mekah/Madinah, kita jarang jumpa surat khabar dan boleh buat catitan dan ‘countdown’ untuk ke Mina/Arafah ataupun ke Mekah/Madinah.Catitkan dalam buku ini pesanan keluarga/kawan selalunya pesanan doa di Arafah antara Asar-Maghrib (berdoa diluar khemah), kirim salam semasa di makam Nabi di Madinah dan lain-lain.

 Business Card
Bawa card untuk bertukar-tukar alamat dengan jemaah haji yang lain. Digalakan juga buat personalized card beralamat rumah, email dll.

 Tag Nama utk Baggasi
Tulis/type dengan terang (bold) di sekeping kertas A4 alamat hotel, No penerbangan, No. KT, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan buat serupa juga di sebelah belakang utk alamat di di Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Msia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Msia. Yang lebih boleh ditampal di beg-beg (yang mungkin akan ‘beranak’ di sana nanti) semasa balik ke Msia nanti. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Toiletry
Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah ‘treated sea water’ untuk kegunaan harian selain
dari untuk minum. Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding dengan yang di jual di Mekah/Madinah. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)

 Bekas untuk buah tangan dari Mekah
Sebelum berangkat menunaikan haji/umrah, elok beli bekas untuk mengisi buah kurma dan air zam-zam apabila pulang nanti. Itulah barang pertama sekali kita buka, jadi delegate seorang (anak/kakak/mak) untuk membahagi-bahagi ke dalam bekas tersebut. Jadi apabila tetamu nak pulang ambil 1 set (kurma/air zam-zam) dan berikan kepada mereka. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj. Kami akan sediakan cenderahati berdasarkan budget anda)

 Kasut untuk melontar
Beli kasut kain hitam yang murah (Bata ada jual) untuk dipakai semasa melontar. JANGAN PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL BAGI JEMAAH WANITA. Ini untuk menggelakkan daripada dipijak tumit selipar/sandal dari belakang semasa melontar. Bagi JEMAAH LELAKI MESTI PAKAI SANDAL BERTALI DAN JANGAN PAKAI KASUT YANG BERTUTUP (KERANA MASIH DALAM IHRAM)

 Beg Sandang
Bawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:

a) Buku sembahyang sunat
b) Tasbih
c) Spray Air (size kecil) – untuk ambil air wuduk
d) Tuala Kecil – untuk melapik jubah semasa air wuduk
d) Uncang Selipar – untuk simpan selipar
e) Kad Kesihatan – untuk kecemasan
f) Kad Pengenalan TH – untuk pengesahan diri sekiranya tersesat
g) Kad Address Hotel – sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel

Lain-lain peringatan;

  jangan ambil/beli kain kelambu Kaabah

  jangan ambil sijil dari orang Mekah dengan tujuan menukar nama asal ke nama lain selepas selesai haji

  jangan ambil kerak nasi di Mekah/Arafah dengan tujuan buat tangkal penerang hati

  jangan peluk tiang jin di Masjidil Haram

 jangan ambil 7 biji batu di Arafah untuk dibawa balik

  jangan tinggalkan separuh sebutan ayat syahadah di rumah (disebut oleh keluarga yang tidak pergi) dan separuh lagi disebut oleh bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah

  jangan pakai/bawa tangkal/azimat

  jangan suruh bomoh buat tolak bala dirumah
(buat kenduri doa selamat sahaja)

Jom ke Fitrah Al Hajj untuk lebih pilihan…

Leave a comment