Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall

CARA KE RAUDHAH UNTUK WANITA, TAMAN SYURGA KEKAL DI DUNIA

CARA KE RAUDHAH UNTUK WANITA, TAMAN SYURGA KEKAL DI DUNIA

Apa yang ada di Raudhah?
1. Ada taman syurga yang kekal di dunia. memijak kawasan Raudhah, masyaallah, tak tergambar perasaannya!

2. Yang paling utama, untuk bertemu Rasulullah tercinta. Maqam Rasulullah ada di raudhah, di bawah Kubah Hijau yang besar, lokasinya yang paling kanan, diikuti maqam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al Khattab.

3. Mimbar Rasulullah
” Tempat yang ada di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman dari taman-taman syurga”

Semasa beratur masuk ke Raudhah, Lihat Kubah Hijau, di bawah itu ada Maqam Rasulullah yang berada di Raudhah

Tips Raudhah :
1. Kenali Raudah dengan melihat karpet nya, yang berwarna hijau, itulah kawsan raudhah. Selebihnya dalah karpet merah. Tetapi, menurut Ustazah yang membawa kami, Raudhah tu kawasan nya segi empat, ada satu kawasan lorong yang berkarpet hijau juga yang menyambung Raudhah dengan kawasan biasa, kalau boleh cari peluang untuk ke kawasan Raudhah yang benar-benar Raudhah, kerana sayang sangat-sangat kalau tak rebut kawasan raudhah yang betul dengan hanya duduk di kawasan luar Raudhah, kerana manfaat berada di raudah ada jauh lebih besar gandanya.

2. Ambil peluang untuk solat sunat di sana, boleh buat solat hajat, taubat, apatah lagi terus buat tahiyatul masjid bagi yang pertama kali masuk terus ke Raudhah, namun begitu, jangan terlalu lama ambil masa solat, boleh berdoa dengan hanya berdiri dan mengangkat tangan, kerana,
Asalkan kita jejak kaki ke Raudhah, insyaallah, doa akan diangkat, jangan risau ye jika takdapat berdoa dengan selesa sebab ramai orang berhajatkan yang sama. Jadi, bila kita bantu orang melapangkan ruang, Allah akan bantu kita lebih lagi. Jika kita sama2 berdiri, lebih banyak ruang boleh dimasuki orang dan kita bantu orang lain untuk turut menempatkan diri di Raudhah

3. Selain itu, cuba rebut untuk solat di saf pertama di Raudhah, kerana ada satu tiang terakhir yang ada di bahagian wanita itu, selebihnya semua di bahagian lelaki. Tetapi, jangan lupa, yang asalkan anda di raudhah, insyaallah, doa diterima, jadi jangan risau ye, cuba yang terbaik!

4. Lepas solat Subuh Jemaah di bahagian wanita tanpa kanak-kanak, anda terus akan diasingkan untuk ke Raudhah. Jadi, pergilah ke bahagian Melayu yang nanti polis akan panggil, dan solatlah sunat dan mengaji sementara menunggu peluang untuk masuk ke Raudhah.

Seronok tau, semasa menunggu, dalam jam 6.00 pagi, bumbung masjid di kawasan kita menunggu akan terbuka secara automatik yang menampakkan kita terus ke langit. Masyaallah, ada tak rasa feel berdoa dengan langit luas di atas kepala? Masyaallah, tak tergambar dengan kata-kata! Ambil peluang berdoa banyak-banyak sepanjang berada di dalam Masjid

5. Join group Indonesia, kerana mereka cekap ke Raudhah. Ustazah-ustazah mereka sangat baik dan sentiasa bantu untuk beri ruang kita berada di tempat terbaik di raudhah. jangan lupa ucapkan terima selepas itu, kerana, dengan ucapan yang ikhlas dan penghargaan buat mereka, kita akan jadi sangat lapang, speechless untuk diterangkan

6. Waktu berdoa, mulakan dengan “Dengan syafaatmu ya Rasulullah, dan mohon pada Allah..” Kerana yang memakbulkan doa adalah Allah, yang mengaminkan doa adalah rasulullah

7. Waktu yang saya selesa ke Raudhah adalah : selepas solat Jemaah Isyak, pulang dulu untuk makan, dan kembali ke masjid jam 10.30 malam untuk beratur masuk ke Raudhah. Selebihnya, selepas Subuh juga adalah masa yang best ke sana. Dapatkan waktu-waktu wanita ke raudhah dari mutawwif anda, ya

Nota :
waktu yang paling panjang bagi wanita adalah selepas subuh sehingga jam 11 pagi. jadi, cuba jaya untuk mencari ruang waktu yang selesa untuk anda

Cara Masuk ke Raudhah :
– Masuk melalui Gate wanita (Gate 25)
– Saya selalu letak kasut di rak pintu Ali bin Abi Talib, usman bin Affan (ada abjad A, B, C) atau, ada juga rak2 kasut kecil di tiang2 di ruang masjid, pastikan ingat tau kalau letak di rak2 tiang tu
– Teruskan masuk dari ruang solat bersama kanak-kanak ke ruang solat tanpa kanak-kanak
– Terus ke depan mengikut jalan yang orang perempuan banyak berjalan kerana sehingga kita jumpa satu ruang di mana ada bahagian-bahagian polis masjid jaga, mereka akan membahagikan kita untuk berada dalam kawasan Melayu, Arab, Pakistan dan sebagainya.
– Bagus dibahagi2 kan sebegini, sebab kita boleh masuk ke Raudhah dalam rumpun Melayu yang kita lebih faham gaya isyarat badan dan sebagainya. Tak terlelau berebut dengan yang lain-lain. Selain itu, jangan risau, polis-polis masjid fasih berbahasa Melayu, kita akan faham. Cuma, mereka sangat taksuka tengok orang bersembang, yelah, masuk Masjid lebih bagus berzikir, bukan? Senyumlah pada polis-polis Masjid ini kerana senyuman anda akan dibalas Allah dengan kesenangan2 yang tidak terjangka!

Selamat menempatkan diri ke taman syurga Allah ni kerana perasaannya memang lain dari yang lain, nikmati sendiri, guanakan masa dan kesempatan dengan sebaik-baiknya kita doa sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah tempat kita meminta-minta

 

Comments (1)

Alhamdulillah…. Terima kaseh beri tips yv terbaik. Mudah (2)an dpt peluang kesana.

Leave a comment