Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall

Tips Umrah Bersama Anak-Anak Kecil

Tips Umrah bersama anak-anak

Tips 1:
Ingatlah bahawa anak itu masih mumayyiz… belum ada dosa… belum ada tanggungjawab… belum ada syarat mutlak… belum disoal ibadahnya… barulah mak & pak akan rasa tenang.

Tips 2:
Ibubapa perlu ada pengalaman terdahulu & boleh menjadi mutawwif ? nak jawab segala soalan cepu emas… contohnya… Itu apa tu mummy? Puting beliung? Macamana puting beliung tu jadi? Kenapa orang perempuan tak boleh masuk kawasan kubur ni (baqi’)? Ada tak orang perempuan tanam kat sini? Rumah nabi dalam masjid? Macamana ada rumah dalam masjid? Kenapa tak ada driver perempuan kat sini? Orang perempuan tak boleh bawa kereta ya kat sini? Mummy kata kat Mekah tak ada lalat, ada semut je… kenapa ni ada lalat?

Tips 3:
Jadual kena anjal. Terutamanya waktu tidur. Kalau tak cukup tidur, sure buat perangai… Kalau tengah deep sleep, jangan kejut. Paksa mereka tidur awal sebaik sahaja lepas Isyak. Kalau mereka tidur selepas Maghrib, kejut mereka sebelum Subuh untuk solat Isyak.

Tips 4:
Jika cuaca panas, jangan paksa anak-anak ke masjid. Biarkan mereka solat di bilik hotel. Paksa mereka minum banyak air mineral, jus buah, barbican ?

Tips 5:
Bawa mereka ke mall “Bin Dawood” untuk pilih jajan, jus, mainan selepas solat di masjid. Baru semangat nak pergi solat ? Macam mak-mak singgah kedai jubah lepas solat-lah konsepnya ?

Tips 6:
Di Mekah, selepas buat umrah, belikan aiskrim di luar Masjidil Haram on the way nak balik hotel… tengah malam pun bagi juga makan aiskrim ? excited depa!

Tips 7:
Tegas dalam mesra… untuk elakkan kejadian tidak diingini. Jangan biarkan anak-anak jalan sendiri. Sentiasa pegang tangan. Sentiasa fokus dengan keadaan. Suara mak & pak jangan lemah lembut sangat… loud & clear itu standard ? walaupun di masjid.

Tips 8:
Biarkan mereka explore… panjat bukit, rasa kurma, bagi mereka camera masing-masing untuk rakam moment sendiri. Nak selfie ke, nak ambik gambar kubah ke, nak ambik gambar Rolls Royce ke, GMC ke… ?

Tips 9:
Bawa maggi cup… saya bawa 24 cups. Usually anak-anak lapar time senggang ie pukul 10 pagi & pukul 4 petang. Selain biskut, roti dan buah, maggi cup adalah penyelamat. Air panas memang ever ready di dining hall hotel. Kenapa maggi? Sebab sini hanya ada indo-mi, tak kena dengan tekak kita ?

Biarlah umrah semasa kecil meninggalkan pengalaman indah & gembira untuk anak-anak. Bukannya pengalaman yang menyakitkan & menyedihkan ✌?

Leave a comment