Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall

Adab dan cara menziarahi Masjid Nabawi di Madinah

Antara adab dan cara menziarahi            Masjid Nabawi di Madinah 

✅ Selalulah berselawat sepanjang masa perjalanan dan semasa berada di sana. Selalulah mengingati akan kemuliaan bumi Madinah.

✅ Apabila tiba di Madinah, uruskan dahulu keselamatan barang yang dibawa dan kesempurnaan tempat tinggal.

✅ Mandi dan bersihkan diri sebelum pergi ke masjid. Pakailah bau-bauan pada pakaian yang bersih.

✅ Masuklah ke dalam Masjid Nabawi sebaiknya melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki), dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid. Sekiranya tidak bertembung dengan solat waktu, dirikanlah solat sunat tahiyattul masjid dua rakaat sebaiknya dalam kawasan Raudah (tempat di antara tiang-tiang berwarna putih yang terletak di antara mimbar nabi dengan rumahnya (kini menjadi kawasan tempat letak makamnya). Kalau tidak boleh solat dalam kawasan Raudah, memadailah dilakukan di mana sahaja dalam Masjid Nabawi.

✅ Niatlah beriktikaf semasa di dalam masjid dan utamakan solat fardu jika sudah masuk waktu solat.

✅ Ziarahilah makam Rasulallah SAW dan kedua sahabat baginda. Selawat dan salam kepada baginda semasa berdiri dengan penuh hormat, khusyuk, dan kosongkan fikiran daripada perkara lain. Berikan salam kepada kedua sahabat baginda. Sekiranya sebelum pulang ke tempat menginap, kita ingin berdoa, berpalinglah ke belakang (ke arah qiblat) untuk berdoa kepada Allah SWT bukan mengadap kepada Rasulullah SAW

✅ Manakala hendak meninggalkan Madinah kerana hendak pulang ke tanah air atau hendak ke Makkah, ziarahi makam baginda untuk ziarah wada’ (selamat tinggal). Pergilah ke masjid Rasulallah SAW solat sunat, berdoa, pergilah ke makam Rasulallah SAW (kalau boleh), beri salam dan akhirnya mengadap qiblat dan berdoa. Kemudian pohonlah syafaat nabi kepada Allah SWT.

(Nota : Bagi wanita yang datang haid atau nifas, untuk melakukan ziarah wada’ adalah memadai dengan mengucapkan salam dan berdoa dari tempat yang berhampiran makam Rasulallah SAW di luar Masjid Nabawi.

 

Comments (1)

Jazakallah khairal jazak.terima kasih atas info.

Leave a comment