Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall

SURAT RAYUAN HAJI | Nak Pergi Haji? Jom kita buat rayuan.

 

CONTOH SURAT RAYUAN PERGI HAJI

Atas permintaan ramai,disini saya kongsikan surat rayuan untuk pergi haji yang saya hantar kepada Tabung Haji.

Surat ini sekadar panduan sahaja ya.
Banyak lagi contoh-contoh lain di google.

Surat saya simpleje.?

Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya.

Selain hantar surat,usahakan dengan berdoa bersungguh-sungguh.Lebih cun kalau dapat tahajud dan buat solat hajat setiap malam.

Ustaz saya pernah cakap…

“Kalau kita tak tahajud setiap malam maksudnya KITA BELUM BETUL-BETUL NAK BENDA TU.”?

Kita tak serius.
Kita takat nak dimulut sahaja.
Tapi dalam hati masih main-main atau ragu-ragu.

Yakinlah.
Allah makbulkan doa kita.
Walau pada kita rasa mustahil,benda tu pada Allah alahai kacang je.
Buanglah perasaan kita yang risaukan banyak perkara yang membataskan hak kita padaNya.

DIA sayang kita.
DIA pasti akan mudahkan kita.

Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya!

???

*Boleh #share untuk panduan masing-masing.Nanti senang nak taip surat.?

Sumber : FB Siera Haiyi

***********************************

 

Taiplah surat seperti diatas.

?Bila surat dah siap,bolehlah pos kepada alamat seperti di dalam surat saya ini.

atau..

hantar by hand terus ke cawangan Tabung Haji yang terdekat dengan korang.Saya hantar sendiri lebih puas hati.Kejap je hantar surat ni.Tak lama pun.

?Surat ini saya TIDAK sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan atau salinan buku simpanan Tabung Haji.HANYA SURAT SEMATA-MATA.

?Jika ingin rayu bersama suami,buat 2 surat.

?Saya cuma hantar sekali sahaja iaitu bulan Disember.Selepas itu saya takde hantar surat lagi.Bulan-bulan berikutnya saya hanya follow up by call.Setiap bulan saya call sampai operator tu kata
“Puan,puan tak perlu call dah ya.Puan tunggu je kami call puan.Kalau sampai raya ni takde panggilan,takdelah tu.Puan cuba lagi tahun depan”

Alhamdulillah..2 minggu lepas raya dapat panggilan haji.

 

ALASAN

Fikirkan alasan yang munasabah dan jangan MENIPU alasan.

Kita nak pergi buat benda baikkan?Jadi x baik pula kita mulakan journey kita dengan tabiat yang tak baik.Sebab ada je yang mereka-reka alasan.

Saya tak de alasan yang kukuh.Jadi saya taip je saya nak pergi awal sementara sihat dan muda.Kawan-kawan pun boleh taip macamtu kalau rasa takde alasan lain dah.

Antara alasan-alasan lain (boleh masuk sekali jika berkaitan) :

✅Ikut suami / ayah / abang@adik lelaki
Dalam kes ni,suami/ayah/abang@adik lelaki telah mendapat tawaran haji.Jadi jika kita ni isteri/anak perempuan/adik beradik perempuan,kita cakaplah yang kita nak ikut mahram kita untuk pergi haji.Kita tak de mahram lain yang lebih sesuai.

‼️Untuk pergi haji,wanita WAJIB pergi bersama mahramnya iaitu samada suami/ayah/abang@adik lelaki.

✅Ingin menjaga Ibu/ayah ada masalah kesihatan.
Jika ibuayah sudah pun dapat tawaran haji dan mereka ada masalah kesihatan,korang tulislah nak ikut sekali sebab nak jaga ibuayah yang ada masalah kesihatan.

✅Sudah pergi kursus haji.
Andaikata sebelum ini korang pernah pergi kursus haji,sertakan sekali dalam tu.Jadi nampaklah effort yang korang bersungguh-sungguh nak pergi haji.Macam saya,tak sempat pun nak pergi kursus haji.Tu yang tak letak dalam surat.

✅Ingin mengandung tahun berikutnya.
Ada juga saya baca orang buat alasan ni.Logik jugakan?Cakapla anak-anak pun dah boleh berdikari dan korang merancang untuk mengandung pada tahun berikutnya.Jadi tahun 2018 memang nak sangat untuk pergi haji.

✅Ada plan lain pada tahun-tahun berikutnya.
Contohnya korang plan nak sambung belajar ke,jadi apply nak pergi haji segera supaya urusan belajar korang nanti tak tergendala.

Ini antara cadangan alasan sahaja.Boleh tambah alasan lain jika mahu.

 

PENUTUP

Jika ini surat rayuan suami isteri,bahagian tandatangan bawah sekali suami dan isteri tandangan sekali ya.

⚠️MAKLUMAN

=============
Saya baru sahaja telefon Tabung Haji.
Katanya rayuan belum dibuka lagi.
Insyallah November 2017 baru dibuka bagi permohonan untuk tahun 2018.

Ada yang viral kata sudah dibuka untuk rayuan,itu TIDAK BENAR.

Janganlah hantar surat sekarang.Memang tak akan dilayan.Sia-sia je.Tunggu November nanti.Itu pun better call dulu Tabung Haji untuk confirmkan semula ya.

Tempoh Tabung Haji akan terima surat rayuan kita biasanya bermula November sehingga bulan Rejab sahaja.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu rakan-rakan dalam usaha untuk melakukan ibadah haji.Jika ada sebarang pertanyaan boleh taip di komen ya.Insyallah saya cuba reply.

Terima kasih kerana membaca!

 

Comments (26)

Salam puan..
Terima kasih keran berkongsi cara untuk membuat rayuan haji.
Bagaimana permohonan haji puan yang lalu.
Adakah puan sudah selesai menunaikan haji?

Wasalam Puan,
Alhamdulillah..telah berjaya 🙂
Pada yang belum mendapatkan tempat, teruskan usaha dan tawakal. Berdoa pada Allah

Muhamad Husaini Bin Mohammad Husni

Assalamualaikum..Saya hendak bertanya,saya ni bru berumur 21 thn n saya ni nk sangat2 utk gi wat haji pada usia saya awal 20an ni..Jadi blhkah saya membuat rayuan untuk pergi tahun hadapan kerana usia masih muda n berkemampuan utk melakukan kerja2 haji ni..saya ni dh daftar haji pada thn 2010 dan tawaran utk saya tunaikan haji pada 2031.Jadi,saya tidak jaminla waktu tersebut saya masih hidup atau sdh mati.jadi sebab itu la saya nk wat rayuan utk pergi thn depan…mohon pencerahan tuan/puan

Alhamdulillah.. mudahan Allah bukakan dan mudahkan peluang saya dan keluarga juga lepas ni

Salam..sy nk bertanya..klau suami isteri perlu buat 2 surat kandungan surat sama ke?

Wasalam. Boleh digabungkan. Tapi boleh jugak dibuat seorang satu 🙂

ASSALAMUALAIKUM,

SAYA BERHAJAT MEMBUAT RAYUAN JUGA. TETAPI JIKA SEKIRANYA DITERIMA RAYUAN TETAPI MENGHADAPI MASALAH DIKEMUDIAN HARI TIDAK DAPAT MENERUSKAN NIAT UNTUK MENUNAIKAN HAJI ADAKAH KESAN DARIPADA PENOLAKAN TERSEBUT?

Wasalamualaikum Puan,
Kami tidak pasti. Puan boleh rujuk dengan pihak Tabung Haji.

Salam,

Ibu saya dipilih untuk pergi haji tahun ini. Saya dan abang ingin membuat rayuan untuk pergi bersama. Saya nak mintak pendapat perlukah rayuan dibuat berasingan atau bersekali. Saya takut jika bersekali, dan tabung haji hanya mempunyai quota seorang sahaja, rayuan kami mungkin akan ditolak. Tetapi jika dibuat berasingan, keberangkalian untuk kedua dua permohonan dipilih mungkin tipis.

Saya ingin bertanyakan pendapat admin jika tidak berkeberatan.

Terima kasih.

Wasalamualaikum,
Pendapat saya baik kalau diasingkan. Puan boleh tulis asbab itu didalam surat puan.

Maklumat lanjut, boleh hubungi pihak Tabung Haji

Assalam
Pergi haji dgn tabung haji atau dgn swasta.

Assalammulaikum… boleh saya dapatkan no telefon untuk dihubungi bagi tujuan pertanyaan sama da kita terpilih untuk rayuan atau tidak

Salam,
Puan boleh call terus ke Tabung Haji di talian 03 6207 1919

Terima kasih

Assalam Puan.
Tentang Mahram yg Puan sebut itu, utk wanita 45 thn ke atas pun perlu Mahram? Kawan saya pergi seorg diri pd musim haji yg lepas (usia 49 thn).

Wasalam.
Untuk wanita yang berusia 45 tahun keatas, tak perlu bermahram, rasanya. Puan boleh rujuk kepada tabung haji ye

Assalamualaikum… Saya mahu cek nama bapa mertua saya samaada dapat atau tidak dlm rayuan haji 2018… Ibu mertua saya dah dapat untuk haji 2018… Boleh tolong saya… Pd siapa Sy mahu buat rujukan… Ulu tiram johor

Assalamualaikum Puan,
Puan boleh rujuk ke Tabung Haji.

Salam puan..
Saya nak buat surat rayuan haji untuk mak saya. Tp saya tak taw nk tulis sebab2 nya apa. Sbb kebanyakan contoh semua tulis faktor kesihatan tubuh badan baik tp mak saya skrg sakit dan dia nk pergi sgt haji. Jd mcm mana ye puan? ? harap puan dpt membantu saya. Terima kasih

Salam Puan. Mohon ajukan pertanyaan kepada Tabug haji. In Sha Allah, mereka lebih arif.

salam
pn pegi dgn th atau pakacge ….daftar haji tahun bila?

Muhammad abdullatif bin mohd noor

Assalamualaikum… Nk tnya skit.. Tok saya nak buat rayuan pergi haji,tetapi adakah boleh emak sy mintak pergi tamankan bersama tok sy yer,untuk menjaga beliau..
Mintk pendapat tuan,puan yer..😊😊

Salam Tuan,maaf Tuan saya tidak dapat memberi apa2 jawapan kerana ia luar dari bidang kuasa saya,saya cadangkan Tuan terus bertanya pada pihak Tabung Haji bagi menjawab soalan Tuan,sekali lagi saya mohon maaf ya

Salam Tuan Admin fitrah,
Terima kasih atas perkongsian. Kami cuba buat rayuan utk thn depan berdasarkan contoh surat tuan. Jzkl

Assalamualaikum puan. Bila buat rayuan ni, tak perlu ye lampirkan salinan kad pengenalan, buku tabung haji dan passport? Saya ada terbaca kena sertakan sekali salinan-salinan tersebut bersama surat rayuan kita tu. Tkasih.

Wslm Pn, perlu disertakan salinan buku tabung haji & kad pengenalan.

Leave a comment