Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall

Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Mudahkan Anda Tawaf Sewaktu Dalam Keadaan Sesak

Tawaf merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang wajib dilakukan oleh semua jemaah haji. Memandangkan jumlah jemaah haji yang semakin ramai ketika ini, memang agar sukar untuk mencari masa melakukan tawaf dalam keadaan yang lapang dan selesa.

Justeru, berdasarkan pengalaman saya melakukan beberapa kali tawaf sunat, panduan ini mungkin berguna untuk dipraktikkan ketika tawaf dalam keadaan yang sesak dengan ribuan jemaah haji.

 

 

No 1 (biru) ialah sudut hajarul aswad yang juga merupakan permulaan dan pengakhiran tawaf. Di sinilah kawasan paling sesak dalam kawasan Mataf (tempat tawaf) kerana jemaah haji akan keluar masuk di sini.

Di samping ramai jemaah haji yang berpusu-pusu untuk mengucup hajarul aswad dan menuju ke Multazam. Seeloknya berjalan di posisi pertengahan, tidak terlalu hampir ke dinding Kaabah dan tidak terlalu jauh.

Apabila menghampiri Maqam Ibrahim, disaran untuk menggunakan laluan luar (anak panah hijau) bagi mengurangkan kesesakan. Jemaah haji lain akan berpusu-pusu menuju ke kawasan dalam antara Maqam Ibrahim dan pintu Kaabah.

Di samping ramai juga berkumpul di depan pintu Kaabah dan di sekeliling Maqam Ibrahim sambil melakukan perkara-perkara yang tak berapa syari’e (walaupun telah ditegah beberapa kali oleh pengawal di sana) sekaligus menambahkan lagi kesesakan lalulintas. Beri saja laluan kepada mereka, tidak perlu berebut-rebut.

Setelah melepasi Maqam Ibrahim, akan ada sedikit ruang kosong di kawasan No 2 (ungu). Cepat-cepat bergerak ke situ untuk mendapatkan ruang yang lebih selesa sambil menghirup udara segar dan bergerak menuju ke Hijr Ismail (antara sudut Iraqi dan Shami).

Lalulintas sudah mula berkurangan tetapi masih padat. Sambil melepasi Hijr Ismail bolehlah baca doa yang terdapat dalam buku panduan yang telah disediakan oleh Tabung Haji.

Sebaik saja memasuki sudut Shami, keadaan sudah semakin lapang dan saya namakannya sebagai speeding zone (oren), hehe. Mula berjalan dengan lebih pantas dan menyelit di ruang-ruang kosong yang boleh memotong. Jika perlu, gunakan lane luar dan cut back semula ke dalam. Dapatkan posisi yang selesa sebelum menuju ke sudut Yamani.

Di sini sudut Yamani, keadaan sudah mulai sesak kerana ada jemaah haji yang baru masuk utk memulakan tawaf dan ramai yang sudah mula merapati dinding Kaabah utk mencuba nasib di hajrul aswad (kelabu).

Seeloknya berada di posisi pertengahan seperti pada permulaan tawaf tadi dan bergeraklah dengan sabar dan tawaduk sambil membaca doa yang telah diajar semasa berada diantara sudut Yamani dan sudut hajarul aswad (Rabbana atina fiddunya hasanah .. .. ..).

Sebaik sahaja melepasi lampu hijau dan beristilam di sudut hajarul aswad, maka lengkaplah satu pusingan tawaf. Ulang semula sehingga selesai kesemua 7 pusingan dengan yakin. Tolak menolak itu perkara biasa, banyakkan bersabar dan berdoa ketika melakukan tawaf.

Kemungkinan besar panduan ini sudah tidak berapa sesuai jika keadaan jemaah haji sudah terlampau padat. Semoga bermafaat.

Kredit : Hamri Ibrahim

Leave a comment