Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall

TIPS DI HOTEL MEKAH YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG

#TIPS KETIKA DI HOTEL MEKAH

  • Haaa, topic ni sebenar ye topic yang agak panas kalau di bincangkan , tahu tak sebab apa ? ada beberapa pihak travel akan marah sebab ramai jemaah mereka yang tak diberi info2 yg sepatutnya tentang hotel mereka. Anda tahu tak tak hotel di Mekah ada 3 kawasan ? setiap kawasan ada kelebihan dan kekurangan ye. Kami share dgn anda kawasan2 hotel di Mekah

#TIPS1 Hotel di kawasan Misfalah

  • Siapa tahu hotel di kawasan Misfalah ni dekat area mana ? hotel Misfalah ni kawasan ye betul2 di belakang hotel Hilton tower atau menara zam zam, kawasan Misfalah kawasan yang landai dan menjadi tumpuan kepada semua jemaah yang ingin membeli belah. Jadi anda faham2 lah kawasan dah jadi tempat tumpuan, laluan pula landai so memang hotel2 dekat situ agak mahal jika dibandingkan dgn hotel2 dikawasan lain.Jadi anda jgn terkejut kalau setengah pakej jarak hotel sama tapi harga agak berbeza. Mcm mana boleh berbeza ? kemungkinan kawasan hotel ye berbeza. Perkara ni ramai jemaah Malaysia yang tak faham dan tak diinform dgn jelas. Kebiasaan jemaah yg duduk hotel di kawasan misfalah mereka akan masuk pintu King Abdul Aziz  dan jemaah tak mudah sesat untuk ke hotel sebb jalan ye mudah .

#TIPS2 Hotel di kawasan ajyad

  • Kawasan yang agak popular untuk travel2 booking hotel , kawasan ajyad adalah kawasan yang berbukit lebih kurang 5 meter bukit ye, jika anda membawa jemaah yg berkerusi roda agak kurng sesuai untuk jemaah tu. Hotel di ajyad memangnya lebih murah jika dibandingkan dgn hotel di kawasan Misfalah. Kebiasaan jemaah dari ayjad nak masuk masjidil Haram mereka akan masuk pintu no 93 keatas.

#TIPS3 Hotel di kawasan saie

  • Kawasan ni agak jarang juga untuk travel2 di Malaysia amik hotel disini, tapi anda tetap perlu tahu kedudukan hotel semasa nak booking pakej dgn travel anda. Kawasan saie ni terdapat banyak lorong2 yang jika anda tak familiar dgn tempat tu, memang agak mudah untuk anda sesat , kawasan saie juga agak berbukit sedikit untuk ke hotel .

#TIPS4 Amik card hotel

  • Bila anda sampai je dekat hotel anda, perkara pertama anda buat anda terus amik card hotel anda, tahu tak sebab apa ? kalau lah anda tersesat anda boleh tunjuk card hotel anda dekat polis2 disana untuk mereka tunjukkan jalan. Lain lah kalau anda memang mahir bahasa arab, kalau sesat tak risau boleh berbual atau Tanya org2 disana.

#TIPS5 Amik gambar hotel  / landmark

  • Selepas anda amik card hotel anda, sebagai langkah jaga2 anda amik gambar hotel anda supaya kalau lah card hotel anda hilang , anda masih ada gambar hotel untuk sebagai rujukan.Lepas amik gambar hotel anda juga boleh amik gambar landmark yg memudahkan anda untuk ingat jalan ke hotel anda. Contoh sign board ke, kedai2 yg dekat dgn hotel anda dan mcm2 lagi landmark yg anda boleh amik sebagai rujukan

Kredit : Umrah Brilliant

 

Leave a comment