Lot 3.07, Level 3, Sunway Putra Mall

Hati-Hati Scammer di Tanah Suci

 

Ramai tak tahu, Jangan ingat di Tanah Suci Mekah & Madinah tak ada scamer!

SALAM Semua. Hati-Hati dengan SCAMMER di AL-HARAMAIN. Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah tak ada scamer, ada rupanya. Bezanya ada yang kena cara haIus dan cara kasar.

Bukan sahaja di tempat-tempat sunyi, di bandar-bandar atau negara-negara tertentu, aktiviti sebegini juga berlaku di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Pasti ada antara kita tidak percaya perkara sebegini berlaku.

Seperti yang diceritakan oleh pemuda ini, scammer juga berlaku di sana. Dan si pelaku menggunakan dua teknik yang berbeza untuk mengaburi seseorang iaitu cara kassar dan cara haIus.

CARA KASAR

Cara pertama, sudah pastinya bagi kita diseIuk atau ditorehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf atau Saie, cara depa buat ni memang kita pun tak perasan langsung. Ini memang berani dan pro. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mahu riban-riban dan handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara pertama ini, wanita adalah target utama).

Cara kedua, scamer jadi pengiring (kononnya escort kita) untuk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpiit kita dan bertanya “Pak, mau ciuum Hajarul Aswad?”, kalau kita cakap mau, dia mintak siap-siap 400 Saudi Riyal, kadang-kadang 1,000 Riyal pun ada.

Kita cakap tak ada atau tak mahu, then dia blah lah. Tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang. Ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel untuk tuntut duit. So, hati-hati.

Cara ketiga, hati-hati bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. Saya pernah tengok depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja.

Then, makcik tu tanya “saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal. Makcik tu pun terkiyal-kiyal dengan mamat tu. Hakikatnya saya tengok sendiri makcik tu bagi dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram. So makcik dapatlah balik baki duitnya 99 Riyal). Hati-hati dengan penjual yang duduk atas food-truck di Jabal Rahmah.

Cara keempat, mak-mak Arab yang berjubah hiitam yang dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam). Ini lagi profesional punya scamer, depa boleh buat 1,001 macam cerita siap dengan drama dan watak-watak pelakon sampingan lagi. So, awas jangan cepat meIatah dan bermurah hati sangat. Sekali kita bagi, habis. Kita akan dikerumun oleh “mereka.”

Cara kelima, geng teksi pun sama. Awalnya kita dah deal harga dari Airport Jeddah ke hotel di Mekah 200 Riyal. Nanti bila sampai di Mekah, dia akan buat-buat pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat-buat cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan (padahal itulah game plan diorang) kalau nak secure baik ambil GRAB/UBER terus.

CARA HALUS

(Lebih kepada PsychoIogy)

Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah tak hairan sangat dengan kaki scam ini sebab dah tahu game depa. Saya layan (sebab nak tengok game depa). Saya didatangi oleh seorang lelaki Pakistan (pakai kurta putih dan seluar putiih). Dia tarik saya ke tepi dan bermulalah cerita sedihnya yang dia kena seluk, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakiit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua yang sedang baring) untuk menyakinkan kita dengan ceritanya.

Dia mintak 500 Riyal untuk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tahu dia SCAM, saya cakap saya tak ada duit dan terus saya blah dengan nada cengei sikit la.

Saya intai dia dan geng-geng dia mencari mangsa yang lain dari jauh. Yup, ternyata mangsa keduanya berjaya. Dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit dan terus blah. (Geng sindiiket 4 ke 5 orang). Kalau sehari dia dah kaut 1,000 Riyal, kalau sebulan dah berapa?

Saya perhati rata-rata mangsa sccam geng ini adalah jemaah umrah dan haji rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei, mungkin easy target kot atau kita ni memang suka bersedekah.

KESAN PADA JEMAAH

  • Kita akan hilang focus untuk beribadat. Dok menyesal atas kealphaan kita.
  • Membuatkan keluarga yang berada di Malaysia menjadi risau atas kejadian yang menimpa.
  • Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencaruut dan memakki hamuunnya (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).
  • Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling.
  • Murung

Inilah beberapa jenis Sccammer yang ada di Tanah Suci Mekah & Madinah. Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia, berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau tajam. Kalau tersilap langkah, pasti ada yang nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab di sana bukannya semua Malaikat,

Tapi ada sekelompok manusia yang sentiasa mengambil kesempatan. Orang-orang macam ni depa peduli apa, bukannya depa hairan di Tanah Haram ka, bukan Tanah Haram ka, janji masyuk.

Jemaah juga DIINGATKAN kalau pergi MASJID , tak payah gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban. Bawa duit SR50 ke SR100 sudah. Duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ke atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ke).

Saya pesan sebab kita bukannya tiap-tiap bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya dengan orang-orang macam ni pula, kesian pun ada.

Jadinya pakat-pakat beringat. Bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia untuk dijauhi dari pekara-perkara macam ni. Andaikata terkena sccam macam ni “kalau” amountnya kecik anggapkan sedekah dan tak ada rezeki kita lah tu. Tapi kalau amaunnya besar, terus buat laporan polis, ajak Mutawwif pergi buat report.

Sementara musim haji ini, pesan-pesanlah kepada jemaah dan rakan taulan yang ada di Tanah Suci.

#SekadarBeringat.

* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci

Sumber : TheReporter

Leave a comment